Saturday, 28 May 2011

PeRiGi MeNcArI TiMbA....


Assalamualaikum....
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" Tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.
Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.
Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!
"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

Friday, 27 May 2011

Syaitan Merah

SubhanAllah ya sahabat wa sahabiah....perasaan x anda tentang perkara berkenaan baju-baju atau jersey pasukan bola sepak yang menggunakan symbol syaitan sebagai logonya, khususnya Manchester United. Apakah boleh kita memakainya? Adakah hukumnya harus, makruh ataupun haram?

Ini kerana jersey ini merupakan pakaian yang amat popular masakini, hatta kebanyakan dari muda-mudi sekarang memakainya ketika solat, hatta mengimami solat, khasnya di pusat membeli-belah.subhanAllah
Allah swt bersabda di dalam surah Yasin yang sekian kali dibacakan di kalangan masyarakat kita, "Bukankah aku telah mematerikan (menjanji, amaran keras) kepada kamu, wahai anak-anak Adam, bahawa janganlah kamu sesekali menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Akan tetapi sembahlah Aku, inilah jalan yang lurus".
Perkataan 'menyembah' di dalam ayat ini, ditafsirkan oleh para ulama' sebagai 'mengikuti sunnah atau jalan, cara hidup, godaan dan bisikan syaitan', iaitu dengan kata lain, bukan hanya menyembah sujud kepadanya. Jelas sekali, tiada apa-apa daripada syaitan yang kita dibolehkan mengambil contoh atau melibatkan diri di dalamnya.
Tambahan pula, berapa banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menganjur dan menyuruh Muslim untuk sentiasa menyangkutkan hati dan fikirannya kepada Allah setiap masa. Antaranya firman Allah swt, "Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan tenang". Memakai logo atau symbol-simbol syaitan, nyata-nyata bercanggah dengan ayat ini.
Oleh kerana itu, tanpa ragu-ragu lagi, pada pandanga ulama' , ia adalah haram bagi mana-mana Muslim, untuk memakai logo, simbol, atau apa-apa sahaja yang mengingatkan seorang Muslim kepada Syaitan atau anak cucunya, sebagaimana Rasulullah saw mengharamkan kita memakai apa-apa simbol yang mengingatkan kita kepada agama lain.
Di dalam hadis Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah menegur sahabat baginda saw yang baru memasuki Islam, iaitu 'Adiy ibnu Hatim. Beliau memakai simbol palang di leher beliau, lalu baginda saw memerintahkan beliau agar membuang palang tersebut, kerana itu mengingatkan baginda saw kepada agama Kristian.
Bagaimana agaknya andai baginda saw masih lagi hidup sekarang, adakah baginda saw akan membiarkan kita memakai baju yang ada logo syaitan padanya?
Ini sememangnya perkara yang perlu kita jauhi, terutama ketika hendak menunaikan solat. Bukankah Allah swt berfirman, "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku". Kita berdiri di atas sejadah dengan niat solat, dan di dada kita terletak gambaran syaitan?
sy mengharapkan agar umat Muslim masakini sedar bahawa perkara sebegini bukan satu senda gurau, tetapi ia adalah hal yang perlu diambil serius. Dalam masa yang sama, penulis memandang tiada salahnya jika meminati sekian pasukan bola sepak, cuma sahaja simbol yang mereka gunakan perlulah kita kaji dengan teliti dahulu, adakah ianya bersesuaian dengan aqidah kita umat Muhammad saw, atau sebaliknya...
pd pgi ini ada perlawanan bola antara manchestr lwn barcelona..jdi kite skalian leh la ddk kt restoran mkn tgk btpa rmainya yg mmkai pkaian "SYAITAN MERAH"...wasalam

Wanita Hiasan Dunia


Wanita digelar penyeri dunia dan hadirnya melengkap hubungan manusia.
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan jiwa lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan teman pendamping diri iaitu Siti Hawa.
Wanitalah yang dipanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi jikalau lelaki sendiri yang tidak lurus, maka akan sukarlah meluruskan mereka.
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Justeru, luruskanlah wanita dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Luruskanlah mereka mengikut panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, bimbang mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, khuatir nanti mereka akan binasa.
Akal setipis rambut, tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Jiwa selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal kerana Dialah pencipta wanita. Hanyalah Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.
Wanita,
Tercipta dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi, 
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tetapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi.
Suburkanlah hati mereka dengan keimanan kerana disitulah titik tolak untuk mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Pasti terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara.
Kelembutan bukan suatu kelemahan. Bukan jua diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah hiasan mereka, dan bukti kasih sayang Tuhan terhadap mereka.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang.
Tidak akan lahir seorang lelaki hebat tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang presiden negara tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang jutawan tanpa wanita.
Namun, wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Waima sebodoh-bodoh wanita mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah natijahnya apabila wanita tidak kenal pencipta mereka. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai 'boss' telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Ingatlah, pabila wanita derhaka.. dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila patahnya tulang rusuk, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Buat lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu menuju redha Ilahi.
Abadikanlah diri kepada Yang Esa, nescaya akan mudahlah segala urusan dibawah pimpinan kita.

Dehearty-wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta....(^_^)


Salam ukhwah fillah
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?